Sunday, September 11, 2011

Masalah Mulut dan Gigi



Artikel ni saya dapat dari sebuah majalah......maklum la sempena Syawal yang masih belum berakhir ni tentunya banyak rumah yang buat open house..... tentunya bermacam-macam jenis juadah yang kita makan. Jadi makan tu makan juga tapi masalah mulut  ni kena jaga juga kan..............

Gusi Berdarah
Gusi yang berdarah setiap kali memberus gigi merupakan petanda awal penyakit periodontal, iaitu sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang terdapat pada karang gigi. Penyakit ini merupakan penyebab utama gigi tanggal di kalangan orang dewasa. Gusi yang bengkak dan mengalami radang juga akan memudahkan bakteria masuk jauh lebih dalam ke dalam mulut anda. Akibatnya, anda mudah diserang jnagkitan penyakit lain pula.

Ngilu dan Bengkak
Waspada jika anda sering merasa ngilu dan bengkak-bengkak pada gusi, langit-langit mulut, lidah, ataupun tekak yang berterusan dari dua minggu. Ini mungkin petanda anda mengalami penyakit serius seperti kanser mulut. Buat pemeriksaan ke doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut.

Bau Mulut
Umumnya bau mulut dapat di atasi dengan memberus gigi, 'flossing' ataupun pembersihan karang gigi. Namun, jika ketiga-tiga cara tersebut tidak mampu untuk mengatasi mulut berbau, maka kali ini anda patut berasa curiga. Mungkin anda mengalami gangguan kesihatan kronik, seperti sinusitis, diabetes, pengerasan hati atau gangguan fungsi ginjal. Buat pemeriksaan doktor gigi.


Diharapkan artikel ini dapat membantu anda...........................  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...