Tuesday, July 2, 2013

ORG YANG SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG

Dah lama tak tulis kat blog kesayangan ni.........tapi hari ni rasa terpanggil nak luahkan isi hati kat sini. Maaf le ye andai coretan di sini akan mengguris hati pihak-pihak tertentu. Tapi blog ni aku yang punya so suka hati aku le nak cakap ape pun. Aku ade ko ade ke.....

Jaga tepi kain orang. Peribahasa Melayu ni membawa maksud sibuk nak ambil tahu hal orang.

Dalam menjaga persekitaran umat yang sentiasa mentaati Tuhannya, maka perlu kita untuk menjaga ‘tepi kain orang’. Bayangkan kalau sudah hari-hari anak dara sebelah rumah bawak balik lelaki siap tukar-tukar lain hari lain orang, patutkah kita ambil prinsip “jangan jaga tepi kain orang lain?” Buatnya yang dibawak masuk tu abang adik kita, suami kita?. Alasan penting adalah saling menjaga, melihat dan mengawasi tetangga agar sama-sama kita hidup dalam persekitaran agama yang sihat. Bila rukun tetangga kita suci dari maksiat, agak-agak apa rasa hati kita? Tengok muka jiran sebelah, teringat nak ke surau bersama, nak lepaskan anak main di halaman pun tak risau sebab tahu jiran-jiran baik belaka.


Pernahkan terbaca? Apa jadi kalau rumah kita tersergam indah macam istana makan ala-ala buffet hari-hari. jiran sebelah pulak hari-hari bancuh tepung buat lempeng sebab tak cukup duit nak beli beras?
Untuk jadi tetangga yang baik, jangan pentingkan diri dan sombong. Takkan habis tempat di syurga tu, apa salahnya ajak ramai-ramai masuk syurga?.
Menjaga tetangga bukan bermaksud mencari keaibannya. Sebab tu ada yang menambah “jaga tepi kain orang, bukan selak masuk dalam kain dia.” 

Namun begitu, Ada antara kita yang susah payah mencari gosip-gosip hangat, seperti mengungkit kembali kesalahan silam orang walaupun dia sudahpun bertaubat. Lebih parah lagi, boleh pula kita ‘mencipta’ cerita-cerita palsu asalkan ada perkara yang boleh dibincangkan.

Elok-elok aman rumah tangga orang dek kerana mulut kita yang celupur terus berkocak pula. Padahal aib orang kita kena makan dan telan, simpan dalam-dalam. Aib yang boleh disuarakan ni contoh kalau dia terlupa nak tutup kain ke bolehlah pergi bagitau. Bagitau tuan punya badan, bukan bagi tau orang kiri kanan, lepas tu gelak ramai-ramai.
Perihal yang “kami ambil perhatian sebab tu kami ambil tahu” sebenarnya alasan yang ridiculous. Kalau benar-benar ambil berat, tak perlulah duduk berbincang macam di mahkamah, cukup sekadar pergi dekat orang terbabit, cuit bahu dia pelan-pelan dan bisikkan di telinga. “eh aku rasa si polan tu dah beristeri, kau janganlah layan uratan dia.” bukan “Eh kau tahu anak dara si Gayah tu gatal meroyan dengan lelaki orang?”

Ingat....hari ini hari orang, hari kita entah bila pulak....esok lusa belum tau lagi. Kita juga ada famili anak-anak perempuan suatu hari bila roda kita dah terbalik, masa tu baru nak ingat ke??? Berkawanlah dengan ikhlas .......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...