Thursday, April 7, 2011

Lama Tak Update Blog

Dah dua minggu lebih tak sempat nak update blog kerana kesibukan dan ke 'stress' an dengan macam-macam masalah. Syukur Alhamdulillah bapaku telah mula beransur pulih. Hati rasa bimbang juga bila tengok keadaan bapa yang agak teruk masa mula-mula balik dari Hospital Selayang 1 April lalu.


Anak perempuanku pula masuk wad kerana bisul di telinga. Lama juga lebih kurang lima hari di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Mujurlah ada ayahnya untuk menjaganya, klau tak pasti bertambahlah stress aku. Anak kecil masih ada lagi, sekarang ni pula tengah lasak. Selalunya mak aku le yang jaga tapi dek kerana bapaku turut sakit, macamane mak aku nak jaga anak kecilku ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...