Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu



Hari ini adalah hari ibu............tapi bagiku setiap hari adalah hari ibu. Ibu yang aku panggil mak. Setiap minggu dah pasti aku yang menjadi 'driver' kalau mak nak ke mana-mana. Biasanya ke pasar Kuala Kangsar le. Kadang-kadang selera kami pun sama. Mak pun dah tau apa makanan yang aku suka. Apa yang mak masak semuanya sedap bagi aku. Pakaian pun dulu2 aku pinjam mak punya jika mak beli baju baru ke atau bila baju aku terlupa nak bawa masa balik kampung.

Hidup ini rasa tak lengkap bila aku tak balik kampung tengok mak dan bapa aku. Entahlah walaupun sibuk macammana hatiku pada mereka berdua.Kadang-kadang penat juga sebab setiap minggu asyik balik kampung je tapi aku rasa puas hati dapat jumpa dan tengok mereka. Kalau setakat bercakap kat telefon rasa macam tak kena je.


Sementara kita masih ada ibu dan bapa hargailah mereka, janganlah kita menyakitkan hati mereka. Kadang-kadang kita telah menyakitkan hati mereka tanpa kita sedari dengan kata-kata kita. Cepat-cepat minta ampun dan maaf sebelum terlambat supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...